Setiap kali Rambozzi® ingin menulis di blog ini, perkara pertama yang Rambozzi® fikirkan bukanlah mengenai projek² 'woodworking'. Tetapi apakah tajuk dan isi yang bersesuaian dengan cinta Rambozzi® ini. Kadang² Rambozzi® tercari² lagu yang sesuai, untuk dihayati seni alunan muzik dan bait² liriknya. Kerana Rambozzi® tidak suka pergi terus kepada proses² kerja kayu semata. Rambozzi® tak 'feel' macam tu. Tak cukup 'love'. Rambozzi® nak 'Love'...
Macam projek ini, yang minta Rambozzi® buatkan projek ini adalah anak jiran Rambozzi®. Lelaki pulak tuh! Alamak hai memang tak de 'feel' langsung la, bro! Hahahahahahahaha!
Takpe. Rambozzi® cuba cari 'feel' itu dari sudut hati Rambozzi® yang paling dalam. Kerana di dalam hati Rambozzi® ini, masih ada denyutannya. Denyutan hati Rambozzi® itu bukan untuk memberi hayat kepada tubuh Rambozzi® semata, tetapi juga untuk memberi semangat kepada hidup Rambozzi®, seluruhnya.....
"Because you are the Heartbeat... And I am the Heart...."
Jadi, anak jiran Rambozzi® ini sedang bersiap-sedia untuk menyertai satu pesta jualan di sekolahnya. Semua barang dagangan dah siap tersedia. Meja di 'booth'nya juga dah siap tersedia. Tapi kaunter pulak tak de...
Jadi, dia datang dengan ayahnya ke Rambozzi®-Love Studio (rumah kami bersebelahan je...), dan meminta Rambozzi® membuat sebuah kaunter untuknya. Atas ideanya sendiri, dia nak sebuah 'countertop' dengan laci sahaja.' 'Countertop' ini akan diletakkan terus di atas meja nanti. Boleh! Tak de masalah!
Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana otak Rambozzi® sedang ligat memikirkan apakah yang hendak dikaitkan dengan tajuk 'entry' kali ini - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - 'Love Bite'.
"Dulu, Rambozzi® gunakan nama jenis projek beserta dengan nama pelanggan sebagai tajuk untuk setiap 'entry'. Kini, Rambozzi® akan pelbagaikan lagi tajuk² 'entry' di blog ini."
Seperti biasa, seperti di dalam kebanyakan kerja kayu Rambozzi®, Rambozzi® mulakan dengan memotong beberapa kepingan kayu 'pine' kepada beberapa saiz yang diperlukan. Menggunakan 'sliding miter saw', Rambozzi® gunakan 'stop block' untuk mendapatkan kepanjangan yang sama untuk setiap kepingan kayu.
Ok. Memandangkan Rambozzi®-Love Studio kini sering dilawati oleh beberapa orang 'woodworkers' untuk sesi 'Basic Woodworking Class by Rambozzi®', maka peralatan di dalam Rambozzi®-Love Studio ini juga sering digunakan oleh para pelajar Rambozzi®lah. Untuk memastikan keselamatan mereka, Rambozzi® semestinya mengamalkan etika kerja selamat dan menerapkannya kepada mereka. Paling dikhuatiri adalah ketiadaan pengalaman mereka di dalam mengoperasikan sesebuah 'power tools'. Jika diperhatikan di dalam gambar di atas, anak panah merah itu menunjukkan kepada "kawasan berbahaya" untuk diletakkan tangan. Kawasan itu dilorekkan untuk memastikan para pelajar Rambozzi® tidak meletakkan tangan mereka di tempat yang berbahaya. Ia juga untuk keselamatan Rambozzi® sendiri.
"Dah agak lama Rambozzi® tidak menulis di blog ini. Terlalu banyak yang Rambozzi® hendak perkatakan dan kongsikan di sini. Masa amat mencemburui Rambozzi® kini..."
Kemudian, kayu² itu ditebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan. 'Pocket hole joinery technique' adalah Teknik Keramat Rambozzi® yang akan setia Rambozzi® gunakan - ah! dah lama Rambozzi® tak gunakan perkataan itu.....
Sebelum kayu² itu dicantumkan - memandangkan Rambozzi® akan menggunakan teknik cantuman berkonsepkan 'bricks' atau 'tiles' - maka setiap kepingan kayu itu perlu di'rout' sedikit 'profile'. Menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan '45° chamfer router bit', Rambozzi® 'rout' setiap kepingan kayu itu, satu-persatu.
Selesai proses itu, barulah kayu² itu digam dan diskrukan melalui lubang² 'pocket hole' yang tersedia.
Selepas cantuman kayu² itu membentuk sebuah 'countertop', Rambozzi® akan potong sedikit setiap bucunya pada sudut 45°. Tidak ada keperluan untuk operasi di atas, tapi Rambozzi® suka mencuba sesuatu yang baru atau berlainan dari projek² terdahulu.
Untuk memastikan setiap sudut yang dipotong adalah sama, Rambozzi® gunakan sekeping kayu yang siap dipotong sedikit bucunya sebagai 'template'. Menggunakan 'template' di dalam gambar di atas, Rambozzi® terlebih dahulu membuat garisan sebagai panduan untuk pemotongan.
Rambozzi® potong secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' terlebih dahulu.
Kemudian Rambozzi® gunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit' pula. 'Template' tadi Rambozzi® 'clamp'kan di bahagian bawah 'countertop'.
'Bearing' pada 'flush trim router bit' akan mengikut bentuk 'template' dan mata pisaunya pula akan memotong tepat mengikut bentuk yang kita kehendaki.
'Mini router/trimmer' di atas adalah antara 'power tools' kegemaran Rambozzi®. Ia telah membawa banyak kemajuan di dalam kerja² kayu Rambozzi®, dan di dalam sesi kelas yang mengimbau kenangan Rambozzi®.....
Seterusnya, Rambozzi® potong pula beberapa batang kayu bersaiz 1x2 untuk bahagian bawah projek ini. Rangka asas dibina dan ruangan untuk laci juga diukur dan ditentukan seadanya.
Anak² panah berwarna merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada lubang² 'pocket hole' yang telah siap² Rambozzi® tebuk. Lubang² 'pocket hole' itu bertujuan untuk memasang bahagian di atas ke bahagian 'countertop' nanti. Itu plan Rambozzi®, pada saat ini...
Rambozzi® gam dan tampalkan pula kepingan² 'plywood' setebal 3mm di bahagian dalam rangka tadi.
Dan apabila siap proses menampal 'plywood' tersebut, barulah Rambozzi® tersedar. 'Plywood²' itu telah menutup pula lubang² 'pocket hole' yang Rambozzi® dah tebuk awal² tadi. Hmmmm... Tidak seperti dulu, apabila terjadi kesilapan seperti ini, Rambozzi® hanya tersenyum sahaja. Rambozzi® tidak nampak kesilapan di atas sebagai satu masalah besar. Ligat pula otak Rambozzi® memikirkan cara² untuk menangani masalah di atas.
Rambozzi® potong dan gam dan skrukan beberapa batang kayu lagi sebagai tempat untuk diskrukan ke 'countertop' nanti. Kayu² itu hanyalah dari lebihan projek² Rambozzi® yang terdahulu. Selesai masalah tadi hehehehehehe...
Untuk bahagian laci, Rambozzi® gunakan beberapa keping 'blockboard' dari lebihan projek terdahulu. Sebagai seorang 'woodworker', Rambozzi® cuba memenuhi setiap kehendak pelanggan. Apabila pelanggan keberatan untuk membayar pada harga yang mereka mampu atau persetujui, Rambozzi® akan kemukakan beberapa cadangan yang lebih ekonomi kepada mereka. Jadi, Rambozzi® perlu bijak meminimakan kos dan memaksimakan keuntungan. Kepingan 'blockboard' di atas adalah lebihan dari projek, manakala tambahan 4 atau 5 batang lagi kayu 'pine' adalah kos.
Selesai memasang laci tadi, Rambozzi® teruskan pula ke proses menebuk sedikit 'rabbet' pada bahagian bawah laci. Untuk tujuan itu Rambozzi® gunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'rabbeting router bit', seperti di dalam gambar di atas. Ruangan yang terhasil akan dimasukkan sekeping 'plywood' setebal 6mm sebagai alas untuk bahagian dalam laci.
Siap proses membuat laci untuk projek ini. Tapi malangnya, Rambozzi® terlupa pula hendak mengambil gambar laci yang sudah siap. Untuk itu, Rambozzi® hanya ada satu perkataan sahaja, iaitu, PEACE! Heh heh heh heh heh heh...
Di bahagian dalam binaan tadi, Rambozzi® gam dan skrukan 2 batang kayu 1x2 sebagai 'runner' untuk laci tadi.
Gambar di atas pula menunjukkan kepada 2 batang kayu kecil yang Rambozzi® gam di bahagian bawah laci, untuk mengelakkan laci itu terkeluar dari tempatnya jika ditarik keluar terlalu kuat. Kayu kecil itu adalah penyekatnya.
Rambozzi® teringat seorang 'woodworker' yang menyelitkan sebatang jarum peniti di bahagian bawah laci kecilnya untuk mengelakkan laci itu terkeluar. Itu satu idea yang agak DIY juga. 'Woodworker' itu tersenyum malu apabila menunjukkan ideanya kepada Rambozzi®. Tapi dia memang nak Rambozzi® tengok dan tahu juga, dalam masa yang sama. Rambozzi® suka dan memuji ideanya itu. 'Woodworker' itu tersenyum lagi, malu².
Makin lama makin luas pula bibirnya mengukir senyum. Tiba² giginya menjadi panjang dan tajam. Matanya pula membulat kemerahan. Rambutnya pula menggerbang bagai ditiup angin kencang. Dengan tak semena², 'woodworker' itu telah bertukar menjadi kuntilanak? Haiya! Manyak takut! Itu kuntilanak melompat tinggi melepasi itu tiang elektelik, dan menggigit leher Rambozzi® sampai keluar itu dalah. Rambozzi® menjelit maaanyak kuat! Adoi!
Haiya! Manyak takut! Itu gigitan Rambozzi® panggil sebagai 'Love Bite'! Haiya! 'Finally', Rambozzi® berjaya mengaitkan tajuk ini plojek dengan isinya. Haiya! Nasib baik wa masih ada sidikit idea, maaaa.....
Mau kasi lu senyum saja, maaa... Wa tak mau lu nangis². Talak bagus sedih² nangis². Nanti lu jatuh sakit, maaa. Nanti wa susah hati. Wa talak mau lu sakit...
Wa sudah lama talak tulis pun wa masih olang sama juga, maaa... Lu ingat kaa? Lu ingat kaa wa ini siapa? Wa ini haaa...
Rambozzi®. I am Rambozzi®. I am Your Woodworker.
i-Woodworking with Style.
i-Woodworking with Heart.
i-Woodworking with Love.
Rambozzi® with Love.
Always with Love.
Always.....
Dan siap projek ini! Yay!
Haiya! Manyak sakit. Itu kesan gigitan 'Love Bite' masih lekat kuat pada leher wa. Talak apa. Biar wa sakit sendili satu olang. Asat lu sihat saja, maaa... Asat lu mulah lezeki dan panjang umot...