Gambar di atas adalah kulit buku Hikayat Hang Tuah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Rambozzi® memiliki senaskhah buku tersebut, tapi Rambozzi® dah lupa edisi atau keluaran tahun bila. Buku itu tidak pernah habis Rambozzi® baca kerana bahasa Melayu lama yang digunakan agak menyukarkan untuk Rambozzi® memahami setiap patah perkataannya. Seingat Rambozzi®, setakat peristiwa Hang Jebat mati dibunuh Hang Tuah sahaja yang sempat Rambozzi® baca.
Di dalam buku (dan filem Hang Tuah pada tahun 1955) itu ada terlalu banyak cinta. Cinta Hang Tuah kepada Melur. Cinta Hang Tuah kepada Tun Teja. Cinta Hang Tuah kepada Sultan Melaka ('one more time', bukan Sultan Melaka yang kat dalam Facebook tu ok? Hahahahahahaha!), dan juga cinta Hang Jebat kepada Hang Tuah.
Betul Hang Jebat menderhaka kepada Sultannya. Tapi menurut Hang Jebat, dia menderhaka kerana Hang Tuah. Kerana cintanya kepada Hang Tuah.
Menurut buku hikayat tersebut, Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang sangat licik dan penuh tipu-muslihat. Hang Tuah hidup, bercinta, berpolitik, bertempur dengan penuh helah. Hang Tuah menggunakan akalnya untuk memenangi sesebuah cabaran di dalam hidupnya. Hang Tuah tidak hanya cekap dengan pencak silat, tidak hanya gagah dengan kekuatan fizikalnya, lebih penting lagi adalah akalnya.
Tapi di dalam filem, ia seakan diolah untuk membawa lebih drama kepada filem itu. Hang Jebat diperlihatkan dengan rela hati menyerahkan Taming Sari kepada Hang Tuah. Kerana diketahui, dengan Taming Sari di tangannya, adalah mustahil bagi Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat. Jadi, Hang Jebat memberikan Taming Sari kembali kepada Hang Tuah. Agar Hang Tuah boleh membunuhnya. Ah!
"Nampaknya sungguh² benar kau nak membunuh aku ya, Tuah. Nah! Ambil keris ini."
"Apa yang kau bimbangkan lagi, Tuah? Aku rela mati di tangan kau!"
"Beri keris kau itu padaku, Tuah. Ya! Mari kita bertikam buat penghabisan bagiku!"
"Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung kudaki, kudaki juga, Tuah! Iyah!"
Alang² menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Itulah Hang Jebat. Itulah cinta Hang Jebat...
Ok! Rambozzi® tak pernah jumpa atau lihat seorang pelakon yang sangat 'feel' seperti Ahmad Mahmud. Rasanya tidak keterlaluan kalau dikatakan, Ahmad Mahmud juga tidak kalah bakat dan seni lakonnya jika dibandingkan dengan P.Ramlee. Sangat 'feel'!
Dan mereka bertikam buat penghabisan kali...
Dan Hang Jebat mati dibunuh Hang Tuah.
Hang Jebat mati kerana cintanya kepada Hang Tuah...
Keris Taming Sari pula dikatakan telah lenyap dari muka bumi ini selepas Hang Tuah juga dikatakan turut menghilangkan dirinya dari bumi Melaka. Menurut cerita yang diceritakan dari mulut ke mulut (artinya tiada bukti sahih), keris Taming Sari yang ada di muzium hanyalah boneka sahaja.
Jadi, ke manakah perginya Taming Sari? Ramai yang mencari Taming Sari kerana inginkan kuasa saktinya. Ramai yang ingin menjadi kebal dengan memiliki Taming Sari.
'Actually'nya, Taming Sari ada pada Rambozzi®. Aik?!! Hehehehehe.....
Taming Sari telah menjelmakan dirinya menjadi sebuah ketam tangan. Hehehehehe.....
Taming Sari telah menukarkan namanya menjadi Irwin Smoothing Plane No.4. Hehehehehe.....
Taming Sari ada dalam simpanan Rambozzi®. Rambozzi® panggil ia sebagai 'Love'...
Kalau Taming Sari boleh memberikan kekebalan kepada Hang Tuah atau Hang Jebat, maka Love pula boleh memberikan semangat, kekuatan dan kekebalan kepada Rambozzi® juga! Selagi Love ada di tangan Rambozzi®, cinta Rambozzi® ini tidak akan mati!
"Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung kudaki, kudaki juga, Love! Iyah!"
Alang² menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Inilah Rambozzi®. Inilah cinta Rambozzi®...
Maka Rambozzi® pun mati dibunuh Love. Aik?!!! Nandakore?!!! Citer apa nie?!!!
Jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi - kerana cinta Rambozzi® ini sesetia cinta Hang Jebat kepada Hang Tuah -, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini, kita sudahkan projek untuk Puan Salehan ini - Rambozzi® with Love - Per Amore Pt.II.
"Sebenarnya Rambozzi® hanya berniat nak mengaitkan cinta² di dalam hikayat itu dengan 'woodworking' Rambozzi® ini sahaja. Rambozzi® ada menerima komen dari pembaca blog ini yang berbunyi, "punye la panjang intro setiap entry di dalam blog ni, baru boleh baca pasal woodworking, bro!". Artinya, ada orang baca 'intro'² itu. Heh heh heh heh heh..."
Rambozzi® mulakan dengan memotong beberapa batang kayu untuk kaki meja ini dahulu. Oh ya! Projek ini adalah sebuah set meja makan. Untuk bahagian kerusinya, boleh baca di dalam 'entry' sebelum ini yang bertajuk Rambozzi® with Love - Per Amore Pt.I.
Kayu² di atas ditebuk lubang² 'pocket hole'. Sesetia Rambozzi® kepada Love, begitulah juga setianya Rambozzi® kepada 'pocket hole joinery technique'!
"Patah sayap bertongkat paruh..."
Ok! Ok! Cukup Rambozzi®! Hahahahahahaha!
Bahagian kaki disambungkan dengan menggunakan gam kayu dan juga skru melalui lubang² 'pocket hole'.
Itu adalah cara Rambozzi® memasang kaki meja. Kesemua bahagian kaki disambungkan seperti di dalam gambar di atas.
Kemudian barulah ia disambungkan pula ke kaki yang satu lagi. Cara itu memudahkan kita bekerja terutamanya jika kita kekurangan 'clamp'.
Dan siap bahagian kaki untuk meja ini.
Rambozzi® belah dan potong pula 3 batang kayu untuk bahagian 'table top'.
Setiap batang kayu dibelah dan dipotong sedikit besar dari saiz yang dikehendaki. Proses untuk mendapatkan ukuran tepat akan dilakukan kemudian.
Setiap batang kayu juga dipastikan sama lebarnya. Menggunakan pembaris aluminium yang panjang membolehkan kita membuat garisan lurus sebagai 'guide' untuk mengetamnya nanti.
Dan Love Rambozzi® gunakan untuk tugasan ini.
Dan Love memang pernah tidak mengecewakan Rambozzi®. Sayang sangat Love!
Selepas setiap batang kayu dipastikan betul² lurus, barulah ia digam dan dicantumkan dengan menggunakan 'pipe clamp'.
Anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada kayu alas yang digunakan untuk mengelakkan adanya bekas 'clamp' pada 'table top' tersebut.
Manakala anak panah berwarna kuning pula menunjukkan kepada kayu alas yang di'clamp'kan ke permukaan 'table top' untuk memastikan setiap batang kayu adalah sekata. (Mungkin ada kayu yang tidak sekata dan kelihatan turun naik, tapi Rambozzi® akan ketam permukaan 'table top' itu nanti.)
Dan itulah rupanya 'pipe clamp' milik Rambozzi®. Ianya sepanjang 6 kaki. Hehehe peace!
Mengulangi proses yang sama, Rambozzi® gam dan 'clamp'kan pula kayu² untuk kedua² bahagian "sayap" meja ini. Ya. Meja ini boleh dilipat untuk menjimatkan ruang.
Rambozzi® teruskan pula kepada proses mengemaskan lagi bahagian kaki meja. Beberapa batang kayu (lihat anak panah berwarna merah) digam dan diskrukan untuk memastikan sesiku kaki itu adalah tepat. Ia juga berfungsi untuk menyambungkan kaki ke 'table top'. 'Simple!' Ringkas & Mudah!
Bahagian yang ditunjukkan oleh anak panah berwarna kuning itu pula akan diletakkan di bawah 'table top'. Ia akan menjadikan 'table top' lebih tebal.
"Dulu Rambozzi® guna sekeping sahaja kayu untuk 'table top'. Sama ada setebal 3/4" atau 7/8". Tapi sekarang, Rambozzi® mendapati, 'table top' mestilah lebih tebal. Barulah meja itu nampak lebih kemas, cantik dan menarik."
Dan ia sedia untuk dipasangkan 'table top'nya.
Rambozzi® gam dan skrukan 'table top' ke kakinya.
Sama juga untuk bahagian "sayap" meja ini, Rambozzi® tambahkan sebuah 'frame' di bawahnya untuk menambahkan ketebalannya.
Dan tibalah saat² yang paling menggembirakan di dalam hidup seorang 'woodworker'. Untuk projek ini, Rambozzi® gunakan Stanley Jack Plane No.5 dan Irwin Smoothing Plane No.4 untuk mendapatkan permukaan 'table top' yang sekata. Masih pada tahap amatur, Rambozzi® akan mahirkan lagi diri dan tangan ini untuk menggunakan ketam tangan di dalam 'woodworking' Rambozzi®.
Selesai proses mengetam, Rambozzi® akan bulatkan sedikit setiap bucu meja. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan gunakan Bosch® GOF1600 CE Professional Plunge Router.
Rambozzi® juga buat sebuah 'jig' untuk memudahkan kerja, sekaligus memastikan setiap semi-bulatan adalah kemas dan sama.
'Jig' itu ringkas sahaja (sila lihat gambar di atas). Kayu kecil yang bertanda anak panah merah itu diskrukan ke sebatang kayu panjang. Kayu panjang itu di'clamp'kan ke 'table top'. Dan Bosch® GOF1600 CE Professional Plunge Router dipasangkan ke kayu kecil itu. Kayu kecil itu berfungsi sebagai 'pivot' untuk membolehkan 'plunge router' digerakkan secara membulat. Saiz atau diameter bulatan adalah bergantung sepenuhnya kepada panjang kayu kecil itu. 'Jig' yang sangat ringkas tapi sangat membantu!
Sebelum memulakan operasi tersebut, Rambozzi® terlebih dahulu membuat beberapa percubaan dengan menggunakan pensel sahaja. Rambozzi® dapatkan saiz atau diameter terbaik. Kemudian barulah Rambozzi® gunakan 'plunge router' pula. Dapat dilihat di dalam gambar dia atas, beberapa garisan pensel sebagai ujikaji atau "cer test tengok.....". Hehehehehehehehehehe.....
Menggunakan 'plunge router' Rambozzi® membuat beberapa potongan 'plunge cut'. Artinya, Rambozzi® tebuk dan potong secara berperingkat. Fungsi 'plunge' pada sesebuah 'plunge router' membolehkan mesin itu disetkan beberapa peringkat kedalaman yang dikehendaki. Dalam bahasa Key Ell, "gua tak tekan sekali jalan je bro. Benam sikit² la bro baru kemas, der.....". Kikikikikikiki....
Rambozzi® buat macam tu atas beberapa sebab. Pertamanya, untuk mengelakkan kayu itu daripada pecah². Keduanya, sebagai langkah keselamatan kerana risau 'router bit' akan patah jika digunakan secara 'hardcore'. Bukan sayang 'router bit', beb. Tapi takut patah dan terpelanting kena mata. Ngeri, beb! Ketiganya, macam tu la cara guna 'plunge router', bro! Hahahahahahaha!
Selesai proses tersebut, Rambozzi® siapkan pula bahagian kaki yang boleh dilipat.
Rambozzi® skrukan "sayap" meja ke 'table top'. Kayu kecil yang ditunjukkan oleh anak panah merah tersebut diskrukan sementara sahaja. Kayu itu membolehkan Rambozzi® mengapit "sayap" meja rapat ke 'table top'. Dan Rambozzi® skrukan engsel.
Sama juga seperti bahagian kaki yang boleh dilipat, Rambozzi® skrukan engsel.
Dan siap meja lipat Puan Salehan ini. Yay!
Dengan 'a few coats of spray lacquer' (tiru ayat Steve Ramsey hehe), meja itu diberikan kemasan akhirnya.
Serius! Rambozzi® rasa, meja ini adalah meja paling cantik yang Rambozzi® pernah buat selama menjadi 'woodworker' ini! Rambozzi® bukan nak puji diri sendiri. Rambozzi® 'just' nak puji diri sendiri je... Heh heh heh heh heh heh...
'Table top' di atas adalah yang pertama seumpamanya yang dicantumkan dengan menggunakan 'pipe clamp'. Rambozzi® kini mempunyai teknik baru untuk membuat sebuah 'table top' yang cantik.
"Teknik tu dah lama. Rambozzi® je yang baru ada 'pipe clamp'! Kikikikikikiki!"
Dan begitulah rupanya apabila "sayap²"nya dibuka.
Ohsem! Rambozzi® cukup suka hasil akhir projek ini. Cuma, bila diperhati dan diteliti, rasanya lebih cantik dan kemas kalau kayu untuk kaki itu juga lebih tebal. Hmmmmm...... Banyak lagi yang Rambozzi® nak kena belajar ni.....
Tapi takpe!
"Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung kudaki, kudaki juga, Love! Iyah!"
Dan siaplah projek Rambozzi® with Love - Per Amore ini...
Rambozzi® harap, projek ini menepati kehendak dan keperluan Puan Salehan. Masih banyak yang perlu Rambozzi® pelajari dan perbaiki. Tapi Rambozzi® tidak akan mengalah. Rambozzi® ada kekuatan. Rambozzi® kini kebal. Rambozzi® ada Love. Rambozzi® kini lebih lagi 'Woodworking with Love'.
"Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung kudaki, kudaki juga, Love..."